Monday 18 March 2013

klorofuorokarbon


Klorofluorokarbon (CFC) ialah sejenis sebatian organik berbentuk gas yang mengandungi karbon, klorin dan fluorin. Ia juga dikenali dengan nama dagangan DuPont Freon. Kegunaan utamanya ialah sebagai bahan penyejuk, bahan dorong (kegunaan aerosol) dan pelarut, namun kini sedang dihentikan secara berperingkat melalui Protokol Montreal kerana meningkatkan kadar penipisan ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur lapisan ozon.
Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.

Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20–25 km, kurang sinar ultraungu diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan sinar uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.




Sunday 10 March 2013

Keseimbangan Alam Semula Jadi






PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah kitar karbon, kitar nitrogen, dan kitar air.
       
         Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi kemarau yang boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat. Antara kesannya ialah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, menganggu kitar semula jadi, merosakkan habitat haiwan.
Pencemaran alam sekitar juga berlaku disebabkan penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan api fosil. Hasil pembakaran api fosil telah menghasilkan gas-gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Pengusaha kilang-kilang juga tidak mempunyai sikap prihatin terhadap alam sekitar kerana kebanyakan kilang telah membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai yang menyebabkan hidupan akuatik terancam.