Sunday 30 June 2013

Langkah-langkah memelihara dan memulihara alam sekitar




LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Penghutanan semula


Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Penggunaan baja organik
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat  menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

Kaedah biologi
 Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.


Pertanian tetap
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

Kaedah perundangan
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:
Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.
Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.

Saturday 20 April 2013


 Cartoon Clipart - Gifs Animation * dinamobomb   
Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapigempa bumitanah runtuhtaufan) dan aktiviti manusia. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka. Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah "alam" juga ditentang kerana peristiwa tersebut tidak akan bahaya jika tanpa penglibatan manusia secara langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk kerugian juga bergantung kepada bentuk bahaya itu sendiri, bermula dari kebakaran, yang mengancam bangunan orang perseorangan, hingga peristiwa hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.

Namun, bagi kawasan yang mudah diserang, kesannya tidak begitu besar sekiranya penduduk di situ mempunyai ketahanan terhadap bencana. Konsep ketahanan bencana merupakan penilaian kemampuan dan infrastruktur-infrastruktur untuk mengesan, mencegah dan menangani tentangan serius yang tiba

siratan makanan




Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan. Siratan makanan wujud kerana sesuatu sumber makanan jarang sekali dimakan oleh hanya satu jenis hidupan sahaja. Ini penting bagi memastikan kemandirian sesuatu spesies. Seperti rantai makanan, siratan makanan dimulakan dengan hidupan pengeluar (autotrof). Setiap kawasan yang wujud dalam alam ini mempunyai siratan makanan yang tersendiri

 I.            PENGELUAR


Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana tumbuhan membina makanannya sendiri melalui fotosintesis



II.            PENGGUNA dikelaskan kepada tiga iaitu:

ü PENGGUNA PRIMER- haiwan yang hanya makan tumbuhan

ü PENGGUNA SEKUNDER- haiwan yang makan pengguna primer

ü PENGGUNA TERTIER – haiwan yang makan pengguna sekunder

     III.            PENGURAI


Organisma yang mendapatkan makanan dengan cara menguraikan organisma yang telah mati

Monday 18 March 2013

klorofuorokarbon


Klorofluorokarbon (CFC) ialah sejenis sebatian organik berbentuk gas yang mengandungi karbon, klorin dan fluorin. Ia juga dikenali dengan nama dagangan DuPont Freon. Kegunaan utamanya ialah sebagai bahan penyejuk, bahan dorong (kegunaan aerosol) dan pelarut, namun kini sedang dihentikan secara berperingkat melalui Protokol Montreal kerana meningkatkan kadar penipisan ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur lapisan ozon.
Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.

Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20–25 km, kurang sinar ultraungu diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan sinar uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.




Sunday 10 March 2013

Keseimbangan Alam Semula Jadi






PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah kitar karbon, kitar nitrogen, dan kitar air.
       
         Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi kemarau yang boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat. Antara kesannya ialah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, menganggu kitar semula jadi, merosakkan habitat haiwan.
Pencemaran alam sekitar juga berlaku disebabkan penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan api fosil. Hasil pembakaran api fosil telah menghasilkan gas-gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Pengusaha kilang-kilang juga tidak mempunyai sikap prihatin terhadap alam sekitar kerana kebanyakan kilang telah membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai yang menyebabkan hidupan akuatik terancam.